{"translations":[{"resource_id":39,"text":"Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu."}],"meta":{"translation_name":"Abdullah Muhammad Basmeih","author_name":"Abdullah Muhammad Basmeih","filters":{"verse_key":"4:33","resource_id":39}}}
